Senin, 03 Februari 2014

Gwyneth Dan Apple Hampir Dilanggar Bas


SANGAT bernasib baik. Itulah andaian yang penulis boleh katakan apabila menonton video pelakon wanita terkenal, Gwyneth Paltrow dan anaknya, Apple yang hampir menjadi mangsa kemalangan jalan raya di Los Angeles.

Video tersebut menyaksikan Gwyneth yang sedang berhenti di tepi jalan tiba-tiba meluru keluar ke laluan tengah jalan.

Pada masa yang sama, sebuah bas sekolah sedang bergerak dari arah belakang.

Mujurlah pemandu bas tersebut menyedari kehadiran skuter tersebut dan menghentikan kenderaannya daripada terus merempuh Gwyneth dan anaknya.

Jika terlewat beberapa saat, pasti kedua-duanya tersebut sudah menjadi mangsa pelanggaran.

Tidak dapat dipastikan juga adakah pada saat itu Gwyneth menyedari dia dan anaknya hampir dilanggar oleh sebuah bas sekolah kerana beliau kelihatan berlalu dengan yakin dan selamba.

Mungkinkah benar pandangan sesetengah orang bahawa pemandu atau penunggang wanita kurang peka di jalan raya?



Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar