Senin, 03 Maret 2014

Mak Nyah Ditahan Disyaki Rompak RM700


Polis Sibu, Sarawak menahan seorang mak nyah, seorang wanita dan seorang lelaki semalam kerana disyaki terlibat dalam satu rompakan bersenjata, demikian menurut laporan Bornoe Post Online.

Polis kini memburu seorang lagi lelaki yang turut terlibat bersama-sama dengan mereka.

Mak nyah yang dikenali sebagai Robo bersama dua individu itu dikatakan telah merompak wang tunai RM700 dari dua orang warga India, turut dicuri dua telefon bimbit, seutas jam tangan dan dua pasport.

Kedua-dua mangsa yang berumur 24 dan 23 tahun sebelum itu bertemu di sebuah hotel di Cross Road di sini pada pukul 10 malam Ahad lepas dan kemudian dirompak oleh kumpulan itu dan turut diacukan pisau.

Seorang daripada mangsa berkerja sebagai seorang kelasi kapal.

Robo dan seorang suspek lelaki berusia 20 tahun ditahan di hotel berkenaan pada hari yang sama kira-kira pukul 2 pagi.

Mak Nyah itu bergelut cuba mengelak dari ditahan polis. Suspek wanita berkenaan turut melarikan diri namun berjaya ditahan tidak lama selepas itu.

Sumber : Borneo Post Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar