Kamis, 13 Maret 2014

Pablo Aimar Ikat Kontrak 5 Tahun Dengan Johor FA



JOHOR BAHRU – Bekas pemain bola sepak antarabangsa Argentina, Pablo Aimar telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pasukan Johor Darul Takzim.

Aimar yang pernah menyarung jersi beberapa kelab bola sepak terkemuka Eropah seperti Valencia, Real Zaragoza, and Benfica, berkata projek permainan bola sepak yang ditawarkan oleh Johor FA amat sukar untuk ditolak.

“Saya mahu terlibat dengan sukan bola sepak bukan sekadar dengan bermain tetapi dengan memberikan semula kepada komuniti terutamanya golongan kanak-kanak,” katanya pada sidang media yang diadakan di Staidum Larkin pada Sabtu.

Sementara itu, Presdein Johor FA, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata adalah satu penghormatan kepada Aimar untuk bermain di Malaysia.

“Dia (Aimar) juga akan menjadi sebahagian akademi skuad junior,” katanya. – mStar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar