Jumat, 14 Maret 2014
Pendatang asing terima resit ‘burung burung’ dari Filipina kata saksi RCI
Oleh Mohd Farhan Darwis
June 17, 2013
Saksi Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) hari ini berkata pihaknya mendapati terdapat sindiket-sindiket yang menjual "resit sementara" atau dikenali sebagai "kad burung-burung" kepada pendatang asing tanpa izin dari Filipina yang berada di Sabah.
Macarius Sabinus, 56, yang bekerja mendaftarkan pendatang asing tanpa izin pada tahun 1986-1988 di Sabah berkata, ketika proses itu pihaknya menemui kes-kes berkenaan dan pendatang asing tanpa izin tersebut menerima kad burung-burung berkenaan di Bongao, Filipina.
"Saya banyak menemui kes sedemikian di kawasan Sandakan, bila saya buat pendaftaran di Dewan Masyarakat, mereka tunjuk resit burung-burung yang diterima daripada orang di Bongao.
"Kad itu berbeza daripada segi rekod nombor sirinya, dan cop Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang sebenar," katanya, yang merupakan saksi kedua inkuiri hari ini, dan menambah, pasukannya sahaja menemui sekitar 10 kes seperti itu.
Bongao merupakan daerah yang terdapat di Pulau Tawi-Tawi milik Filipina yang berhampiran dengan kawasan perairan Sabah.
Sementara resit burung-burung adalah dokumen pengenalan yang diberikan kepada warga asing tanpa izin yang didaftarkan di Sabah pada tahun 80an, sebagai bukti mereka telah didaftarkan dan bukannya perakuan warganegara seperti kad pengenalan.
Macarius merupakan Pegawai Penyelidik di Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, dan bagi tujuan mengumpul data pendatang asing tanpa izin berkenaan, beliau dipinjamkan ke JKM pada 1985.
Beliau bertanggungjawab merekod dan mendaftar pendatang asing tanpa izin di negeri Borneo itu bagi tujuan statistik dan kaji selidik terhadap pendatang asing pada masa tersebut di kawasan Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Sepuluh.
"Saya buat kaji selidik, mereka (pendatang asing) akan isi borang dan kami akan dapatkan maklumat lengkap untuk mereka yang datang mendaftar ... Kemudian kami akan keluarkan resit burung-burung kerana mereka langsung tidak mempunyai dokumen.
Ditanya sama ada dengan memberikan mereka kad burung-burung berkenaan akan menjadikan mereka rasa mereka boleh kekal di Sabah, Macarius berkata: "Tidak ... Ia hanyalah pendaftaran sementara yang menunjukkan mereka tiaada dokumen daripada negara asal."
"Ada juga yang membawa kad pengenalan meragukan, jadi saya rumuskan mereka dapat daripada majikan syarikat jadi bukan daripada JKM," katanya lagi.
Laporan berhubung pendaftaran berkenaan, jelas Macarius akan dihantar kepada JKM dalam tempoh seminggu sekali.
"Kebiasanya laporan menunjukkan kawasan kami melakukan pendaftaran, berapa pelarian, berapa pendatang.
"Bila saya temubual mereka, ada yang ada kad pengenalan biru, namun cara percakapan mereka bukan umpama rakyat Malaysia, tapi dia ada kad pengenalan biru, resit sementara, saya cakap Sulu dengan dia, dia cakap Sulu dengan saya," terang Macarius kepada panel inkuiri hari ini.
Beliau turut menjelaskan, terdapat lebih 12 pasukan yang melakukan pendaftaran tersebut dengan setiap daripada mereka memiliki 12 hingga 13 anggota.
Inkuiri di hadapan bekas Ketua Hakim Sabah Steve Chim hari ini berehat sebentar dan akan bersambung jam 2 petang nanti. - 17 Jun, 2013. The Malaysian Insider

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar