Minggu, 09 Maret 2014

2 NGO anjur forum kebebasan agama serentak malam ini

Wartawan Sinar Harian
8 November 2012
SHAH ALAM - Di sebalik kontroversi kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dua pertubuhan bukan kerajaan mengadakan forum berasingan di ibu negara malam ini mengupas isu menyentuh kebebasan beragama.

Dalam kenyataan media, Akademi Pak Sako berkata, pihaknya menganjurkan program wacana ilmiah susulan perkembangan terkini berkaitan polemik kebebasan beragama dan murtad yang dimuatkan dalam media massa mutakhir ini.

Program pihaknya diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada jam 8.30 malam.

Ahli panelnya terdiri daripada Hasmi Hashim iaitu budayawan dan penulis lirik lagu; juara program Imam Muda pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, pendakwah muda Wan Ji Wan Hussin dan bekas Koordinator Media Datuk Seri Anwar Ibrahim, Eekmal Ahmad.

Dalam pada itu, Perkasa pula menganjurkan forum bertajuk Forum Kebebasan Bertukar Agama Dari Sudut Islam dan Perlembagaan Negara di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada jam 8 malam.

Antara ahli panelnya ialah Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin; Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali, Presiden Muafakat, Ismail Mina dan bekas Angkatan Belia Islam Malaysia, Dr Yusri Mohammad

Tidak ada komentar:

Posting Komentar